BAHASA JIWA BANGSA
Asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkan oleh masyarakatnya. Kekuatan sesuatu bangsa boleh dilihat melalui kesatuan masyarakat terhadap budaya yang diwarisi sejak turun-temurun terutamanya aspek bahasa. Maka tidak hairanlah kita lihat pada hari ini, banyak negara maju kekal menggunakan bahasa masing-masing yang diwarisi sejak turun-temurun. Rakyat Negara Perancis, German, Itali, Jepun, Korea Selatan, Denmark dan lain-lain lagi membuktikan bahasa mereka berupaya menjadikan mereka masyarakat yang berdaya saing, maju dan dikagumi masyarakat di seantero dunia. Rakyat negara Perancis, German, Itali, Jepun, Korea Selatan, Denmark dan lain-lain lagi membuktikan bahasa mereka berupaya menjadikan mereka masyarakat yang berdaya saing, maju dan dikagumi masyarakat di seantero dunia. Budi bahasa budaya kita, inilah antara ungkapan yang menggambarkan peri pentingnya kita sebagai penutur bahasa melayu tanpa mengambil kira latar belakang bangsa di tanah air yang tercinta ini menjadi masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat yang beradab.

Bahasa yang kita tuturkan berupaya
menggambarkan sahsiah kita. Kesantunan berbahasa yang kita perjuangkan dalam
kalangan masyarakat penuturnya telah mengangkat martabat masyarakat di Negara
kita sebagai masyarakat yang peramah, bersopan santun, berbudi pekerti mulia
dan berbudi bahasa. Kita kagumi oleh masyarakat di seantero dunia kerana
perpaduan jitu dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Tanpa melihat
kepada perbezaan bangsa iaitu sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau dan
lain-lain lagi, kita menggunakan bahasa yang satu, iaitu bahasa Melayu tanpa
prejudis. Bahasa Melayu berupaya menjadikan kita sebagai rakyat Malaysia yang
mempunyai keistimewaan tersendiri terutamanya kita diberi jolokan oleh
masyarakat dunia sebagai masyarakat yang berbudi bahasa, ramah dan melayan
tetamu dengan sopan. Pantun Melayu ada mengungkapkan yang berbunyi :
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Demikianlah indahnya pantun
Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya nenek moyang kita
menjaga adab dalam pergaulan terutamanya daripada aspek pertuturan. Gurindam
Melayu juga ada mengingatkan kita akan peri pentingnya kita berswadaya
mengekalkan kesantunan dalam berbahasa. Antara lainya berbunyi:
Kalau cakap tidak cermat,
Tentu kamu tidak selamat,
Kalau cakap tidak cermat,
Kalau kelakuan tidak hormat,
Tentu hidup tidak selamat.
Tentu kamu tidak selamat,
Kalau cakap tidak cermat,
Kalau kelakuan tidak hormat,
Tentu hidup tidak selamat.
Hal yang demikian juga
digambarkan melalui sebahagian daripada seni kata lagu Allaryarham Tan Sri
P.Ramlee iaitu:
Tiada kata secantik bahasa,
Nak kucurahkan rasa,
Tiada gambar seindah lukisan,
Nak kutunjukkan perasaan.
Tiada bahasa secantik puisi,
Nak kucurahkan isi hati.
Nak kucurahkan rasa,
Tiada gambar seindah lukisan,
Nak kutunjukkan perasaan.
Tiada bahasa secantik puisi,
Nak kucurahkan isi hati.
Oleh itu, gunakanlah bahasa
yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang bertamadun, kaya
dengan berbudi bahasa dan memiliki minda kelas pertama.
sumber maklumat : Berita
Harian
Sumber
No comments:
Post a Comment