P&P TMK

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer

Sebagai guru BM, kita sepatutnya memahami konsep penggunaan komputer di dalam bilik darjah. Antara beberapa kelebihannya:
a) Pelajar  boleh mempelajari bahasa menggunakan komputer tanpa kehadiran guru. 
b) Pelajar mempelajari aspek bahasa (contohnya, tatabahasa) dengan menggunakan komputer.
c) Pelajar menggunakan enjin pencari (sepertigoogle) untuk mencari fakta ketika menulis karangan.
d) Pengajaran bahasa  menggunakan projektor LCD sebagai alat bantu mengajar.
e)Pelajar mempelajari cara menulis karangan atau surat dengan menggunakan pemprosesan perkataan (microsoft word)
f) Pelajar mempelajari bahasa dengan menggunakan perisian pembelajaran yang terdapat di dalam CD.
g) Pelajar belajar bahasa melalui pembelajaran jarak jauh menggunakan komputer.
Pada dasarnya, PBBK dilaksanakan dimana pelajar berinteraksi dengan bahan yang tersedia di dalam komputer  dengan bantuan guru. Selain itu pelajar mempelajari bahasa dengan menggunakan perisian pembelajaran yang terdapat di dalam CD. Pemilihan konsep ini dilihat signifikan apabila guru menggunakan CD pembelajaran yang terdapat di pasaran bagi membantunya mengajar. Pelajar dapat mempelajari bahasa dengan mengikuti bahan pembelajaran yang terdapat di dalam CD dan guru melakukan pemantauan pembelajaran.
Konsep ketiga yang menjadi pilihan guru ialah pelajar menggunakan
enjin pencari (seperti google) untuk mencari fakta ketika menulis karangan. Hal ini bermakna, guru memikirkan PBBK perlu dikaitkan dengan penggunaan internet  yang banyak memberikan maklumat kepada pelajar terutama ketika menguasai kemahiran bahasa seperti menulis karangan. Selain penggunaan projektor LCD, penggunaan bahan bantu elektronik yang lain juga mampu meningkatkan minat dan pemahaman pelajar.
Konsep yang dianggap kurang dipersetujui bagi pentafsiran PBBK ialah pelajar belajar bahasa melalui pembelajaran jarak jauh menggunakan komputer . Ini kerana  tiada guru yang dapat membimbing pelajar apabila wujud masalah pembelajaran.

Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa
Tahap penggunaan komputer dalam pengajaran  Bahasa Melayu adalah rendah kerana guru  tidak selesa mengajarkan bahasa dengan menggunakan komputer. Dari segi perisian pengajaran pula terlalu sedikit pengetahuan tentang penggunaannya.

Manakala dari segi penggunaan internet, terlalu banyak kekanganketika melayarinya, dan ini mengakibatkan mereka kurang menggunakan bahan tersebut di dalam pengajaran. Mungkin terdapat faktor lain yang menjadikan mereka kurang menggunakan internet dengan masalah pendedahan dan kemudahan yang disediakan di sekolah.
Aspek minat juga mempengaruhi guru dalam pengajarannya. Guru berminat menggunakan komputer tetapi tidak mempunyai banyak masa untuk menyediakannya. Mereka juga kurang berpeluang untuk diberikan pendedahan berkaitan penghasilan
bahan perisian komputer.

Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran.

 Penggunaan komputer dalam pengajaran BM terhad kepada kemahiran membaca sahaja dan tidak begitu sesuai dalam mengajarkan karangan .Dalam hal ini, untuk
mendapatkan kesan yang baik, guru perlu kreatif dalam pengajaran berbantukan komputer .Dari segi kemahiran menggunakan perisian komputer yang berkaitan dengan pembelajaran, kebanyakan guru tidak menguasainya dengan baik.

Masalah ini juga wujud dalam hal menggunakan multimedia dalam pengajaran .
 Di samping itu, terdapat kecenderungan menggunakan komputer hanya
untuk urusan berkaitan pengurusan sahaja.

Tahap Penguasaan Penggunaan Komputer

Aplikasi komputer yang paling dikuasai oleh guru ialah Microsoft Word. Manakala
 kemahiran lain yang dikuasai ialah Microsoft Excel ,Microsoft power point , Internet dan microsoft Access sahaja. Bagi kemahiran multimedia dan pembinaan laman dianggap penguasaan yang lemah.  Ini menggambarkan guru tidak menguasai aspek yang dianggap penting terutama yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran yang memerlukan penggunaan elemen multimedia. Pembinaan laman web yang dianggap kurang memberi manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran juga perlu diberikan perhatian terutamanya bagi memastikan pelajar berfikiran lebih kreatif lagi.

Kesan aplikasi komputer terhadap pelajar
Walau bagaimanapun,  pelajar yang pandai lebih berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer di dalam pengajarannya . Bagi pelajar yang lemah, mereka kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran bahasa walaupun guru menggunakan komputer.

 Dalam hal ini, pembinaan dan penggunaan bahan pembelajaran perlu lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberikan kesan yang lebih kepada pelajar .Pelajar juga berminat jika menggunakan bahan internet di dalam pengajaran


Kekangan dalam pelaksanaan pembelajaran bahasa berbantukan komputer
 Terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran BM. Masih terdapat guru yang tidak mahir dalam
mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan . Guru
juga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu diberikan dalam menyediakan bahan . Pelajar juga kurang berminat
menggunakan komputer dalam pengajaran BM. Komputer yang digunakan di sekolah sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi .

Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah . Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran. Terdapat guru BM yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain.

 Pihak pentadbir sekolah bukan merupakan kekangan kepada pelaksanaan kerana mereka memberi galakan kepada guru agar mengunakan komputer dalam pengajaran.


Cadangan untuk mengatasi masalah
Terdapat beberapa cadangan yang diberikan untuk mengatasi masalah dalam
meningkatkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran BM seperti :

  • ·         Wujudkan jaringan kerjasama antara panitia atau sekolah dalam PPD.
  • ·         Sediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi komputer terkini.
  • ·         Wujudkan prasarana ICT yang sesuai untuk pembelajaran
  • Perlu ada kumpulan pembinaan bahan yang mendapat dorongan daripada  pentadbir.
  • ·         Memberikan lebih dorongan kepada pelajar agar meminati komputer.
  • ·         Semua guru BM perlu diberikan pendedahan aplikasi komputer.


RUMUSAN
Isu-isu yang dibincangkan di atas kebanyakannya berfokus kepada pentingnya pengajaran berbantukan komputer dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Antara rumusan:

Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran.

Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru BM .Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan.

Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.
Kursus komputer telah dihadiri oleh kebanyakan guru BM.  Untuk menjamin keberkesanan penggunaan dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pembelajaran. Perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

Penggunaan komputer dalam pengajaran terutama yang melibatkan kursus dalam talian mampu menarik perhatian pelajar. Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran BM juga didapati positif kerana penggunaan komputer
dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan BM. P enggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.

Kekangan yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran.  Faktor kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan yang sering dihadapi.
 Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara profesional. Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran.
Sukatan pelajaran BM perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yang lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk .
Kesimpulannya, BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran .Walaupun
demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan.

Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif menggalakkan
penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.
 Sekiranya semua kekangan atau masalah tersebut diatasi dengan segera sudah pasti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menjadi lebih menarik dan  akan lebih efisien.
RUJUKAN
A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa

Refleksi Pembinaan Blog



                 Sebelum mula apa-apa bicara, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada  Pensyarah BMM 3105 Pengajaran Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer BM Kumpulan 2  kepada kawan-kawan sekelas yang banyak membantu saya melaksanakan tugasan membina blog ini dan kepada semua pihak yang membantu saya melaksanakan tugasan ini.
            Secara peribadi, sebelum ini saya tidak mengetahui dan tidak memperdulikan  bagaimana blog dibina. Permulaannya rasa rasa terbeban kerana terpaksa membuat akaun blog individu sebagai langkah pertama tetapi dengan bantuan pensyarah pembimbing, saya berjaya melahirkan sebuah blog walupun tidak seberapa sempurna tetapi sekurang-kurang saya dapat mengetahui cara membina blog. Walaupun masa saya agak terbatas sebagai seorang pelajar PJJ saya berusaha belajar melalui internet cara-cara membina blog dan menambah gadget di dalam blog.  Saya dapati banyak bahan di internet boleh membantu saya melengkapkan blog ini. Banyak bahan yang saya telah poskan tetapi terpaksa saya “delete” semula kerana tidak bersesuaian dengan tajuk blog saya.
            Apabila saya membina blog sendiri saya dapati banyak kelebihan boleh saya dapat daripada membina blog pembelajaran  ini. Sekurang-kurang saya dapat mempelajari cara-cara membina blog dan memberi manfaat kepada individu dan pelajar-pelajar di luar sana menggunakan bahan yang saya poskan. Kaedah pengajaran seperti ini merupakan kemudahan teknologi yang serba canggih ketika ini, pengajaran yang melibatkan internet bukanlah sesuatu yang mustahil, bahkan kaedah ini telah lama diperkenalkan di negara-negara barat dan banyak kajian yang menyatakan bahawa penggunaan blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan cara yang efektif untuk menyampaikan pelajaran.
Kesimpulannya, subjek ini sangat menarik ditambah lagi dengan penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru  yang telah lama berkecimpung di dalam bidang perguruan  saya sangat bersyukur kerana berpeluang mempelajari kaedah membina blog pembelajaran. Hal ini demikian kerana proses pengajaran dan pembelajaran hari ini terutama sekali KSSR yang baru dilaksanakan di sekolah-sekolah banyak menggunakan komputer dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran... Oleh itu, guru-guru haruslah menguasai kemahiran seperti ini sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran dalam pengajaran pada masa akan datang. Di harap kaedah pengajaran ini yang melibatkan komputer dapat membawa pendidikan di Malaysia ke  arah pencapaian yang lebih cemerlang..
Sekian, dari saya.
            


No comments:

Post a Comment