Pendidikan peringkat rendah
adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta
berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi,
dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Falsafah Pendidikan Negara.
Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan
tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan
bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan
sintaksis bahasa Melayu.
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta
huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan
Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar
dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan
perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid.
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T)
disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di
SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C)
dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai
kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah
perbendaharaan kata yang dicadangkan.
Huraian Sukatan Pelajaran
ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada
cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara
cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh
mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian
Sukatan Pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan
pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah.
MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.
OBJEKTIF

Setelah mengikuti mata
pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah murid dapat:
- mendengar, memahami dan menghayati
pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari;
- bertutur dengan petah dan
mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang
sesuai dan bertatasusila;
- membaca untuk memahami isi bacaan yang
sesuai dengan kematangan;
- menjadikan pembacaan sebagai satu
kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan;
- menulis pelbagai jenis karangan dan
surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;
- memahami dan mengisi borang yang sesuai
dengan betul;
- menghargai dan menghayati nilai-nilai
estetika dalam karangan prosa dan puisi;
- menggunakan bahasa Melayu untuk
memperoleh pelbagai ilmu;
- menggunakan bahasa Melayu yang betul
dalam lisan dan penulisan;
- memberi makna dan menggunakan peribahasa
dalam konteks yang betul dan sesuai; dan
- menggunakan bahasa Melayu dengan
berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang
keturunan.
STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.
1.) PENGGABUNGJALINAN
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

2.) PENYERAPAN
Dalam pengajaran bahasa
Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan.
Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah,
dan lain-lain.
3.) PENGAYAAN
Program pengayaan perlu
diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah kerana keadaan murid
yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid ini
hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara
bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan
tambahan, kad-kad kerja, permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan
kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang
ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang
ditentukan.
4.) PEMULIHAN
Program pemulihan disediakan
untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas yang belum dapat
dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bahan-bahan untuk program ini
terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain
yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang
lebih sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid
menguasai sesuatu kemahiran.
5.) PENILAIAN
5.) PENILAIAN
Penilaian dianggap sebagai
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan
suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan
pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Oleh itu, penilaian
perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya
melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan
yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan
atau pengayaan. Dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti
pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid. Dengan cara yang
sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat
dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang
lebih tinggi.
No comments:
Post a Comment