Tata Bahasa
Secara
umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang:
·
Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata,
kelas kata dan imbuhan.
·
Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.
Morfologi
ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam
morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para
pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana
kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
Morfem
Morfem
Morfem
ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh
dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini
terdiri daripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.

Morfem Bebas
|
Morfem terikat/imbuhan
|
Dapat berdiri
sendiri, misalnya:
minum, cuti, sekolah, periksa |
Bentuk imbuhan,
misalnya:
mem, per, kan, ber |
Mempunyai maksud
sendiri.
|
Tidak mempunyai
makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna
sesuatu kata dan seterusnya makna ayat.
|
Morfem terikat/imbuhan
Morfem
terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:
·
Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar.
Misalnya membaca, menghafal.
·
Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar.
·
Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar.
Misalnya telapak (tapak)
·
Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran
kata dasar. Misalnya, imbuhan per....andalam permainan.
Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem
MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA --> AYAT
Kata boleh dibentuk melalui tiga cara utama iaitu pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan seperti dalam gambarajah di bawah.
Golongan Kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat bahagian yang besar:
·
Adjektif
·
Kata tugas.
Bahagian-bahagian
itu terdiri daripada dua kumpulan kata, iaitu kata isian dan kata tugas.
"Kata isian" ialah kumpulan kata yang terbuka dan sentiasa
berkembang. Kata nama, kata kerja dan adjektif ialah kata isian terbuka.
"Kata tugas" pula ialah kumpulan kata tertutup, contohnya dan,
itu, amat, walaupun dan
sebagainya. Kata-kata juga boleh digolongkan berdasarkan faktor sintesis dan semantik.
Kata nama
Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja diberi imbuhan.
Kata kerja
Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).
Adjektif
Adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masihlebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Kata sendi
Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.
Kata hubung
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
Kata seru
Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah, gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya.
Kata tanya
Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya hadir di dalam predikat. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat. Contoh kata tanya ialah kenapa, mengapa, bila, apa, mana, bagaimana, siapa dan berapa.
Kata perintah
Kata perintah bertugas untuk memberi tindak balas kepada orang yang mendengar (pihak kedua) sebagai larangan, silaan dan permintaan.

Sintaksis
Sintaksis
merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan
atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat
tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat
Ayat
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah.
Contoh
ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian
(ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian
utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula
mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa
kerja (FK),frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan.
Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam:

1.
Ayat penyata:
·
Ayat aktif dan ayat pasif
·
Ayat inti dan ayat gabungan
3.
Ayat
tanya
4.
Ayat
seru
Ayat aktif
·
Ayat aktif dengan kata
kerja transitif
·
Ayat aktif dengan kata
kerja pasif
Ayat pasif
Berbanding
dengan ayat aktif yang menekankan subjek, ayat pasif memberikan penekanan terhadap objek dan perbuatan
sehingga subjek pelaku tidak dipentingkan atau langsung tidak perlu dinyatakan.
Hal ini ada kaitannya dengan bahagian manakah yang anda hendak pentingkan atau
menegaskan. Contohnya:
·
Perkara
itu sudah diselesaikannya;
atau
·
Perkara
itu sudah
diselesaikan
adalah
ayat-ayat pasif yang menegaskan "perkara itu", bukan pelaku yang
menyelesaikan perkara itu. Bandingkan dengan ayat, "Dia sudah
menyelesaikan perkara itu." Ayat itu menegaskan pelaku "dia".
Ayat perintah
Ayat
perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa
perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Jenis perintah
|
Contoh penggunaan
|
|
Perintah
|
Berdiri di atas kerusi itu.
|
|
Suruhan
|
Ikat tali kasut anda dengan betul.
|
|
Larangan
|
Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya.
|
|
Permintaan
|
Tolong angkat baju itu.
|
|
Ajakan
|
Mengucaplah banyak-banyak.
|
|
Silaan
|
Sila jamu selera.
|
|
Doa
|
Syukurlah kamu sudah kembali.
|
|
Harapan
|
Harap-harap hari tidak hujan.
|
|
Perhatikanlah bahawa ayat-ayat di atas mempunyai susunan yang sama, iaitu subjeknya tidak dinyatakan. Ini disebabkan subjeknya nyata dan merujuk kepada orang yang ayat perintah itu ditujukan.
Contoh-contoh di atas juga menunjukkan bahawa awalan "ber" dan "meN" kekadang tidak digugurkan. Aturan yang perlu dipegang ialah:
·
Untuk kata
kerja intransitif (kata kerja yang tidak memerlukan objek):
awalan tidak boleh digugurkan.
·
Untuk kata kerja transitif (kata
kerja yang memerlukan objek): awalan meN hendaklah digugurkan.
Ayat nafi
Ayat
nafi ditandai oleh adanya kata "bukan" dan
"tidak". Secara umum, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau
menidakkan sesuatu, umpamanya:
·
Dia tidak berpengalaman,
tetapi cekap.
·
Aurora bukan jururawat,
tetapi doktor.
Disamping
itu, ayat nafi boleh juga digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud.
Contohnya:
Ayat biasa
|
Ayat nafi
|
Cadangannya harus
diketepikan.
|
Cadangannya tidak perlu
kita pedulikan.
|
Kerja ketua memang
susah.
|
Kerja ketua tidak pernah
senang.
|
Walaupun kedua-dua ayat dalam setiap pasangan di atas mempunyai maksud yang sama, ayat nafi menekankan maksudnya, sedangkan ayat biasa menyatakan maksud secara biasa sahaja.
Peranan ayat nafi sebagai penegas maksud juga boleh diperhatikan dalam ayat tanya, umpamanya:
1.
Bukankah orang itu guru kamu?
2.
Tidakkah kamu ingin menyertai peraduan itu?
3.
Anda sudah faham, bukan?
Penggunaan dengan frasa nama
Secara
umum, kata nafi "bukan" digunakan apabila frasa yang
mengikutinya ialah frasa nama. Contohnya:
1.
Ini bukan kucing.
2.
Malaysia bukan negara
republik.
3.
Gajah bukan haiwan
yang terbesar di dunia.
Selain
itu, "bukan" juga boleh digunakan untuk frasa yang lain
daripada frasa nama dalam hubungan seperti yang berikut:
1.
Dia bukan bodoh,
tetapi malas.
2.
Dia bukan belajar,
tetapi bermain.
Kata
"bukan" dalam kedua-dua ayat itu boleh juga digantikan dengan
"kata tidak":
1.
Dia tidak bodoh,
tetapi malas.
2.
Dia tidak belajar,
tetapi bermain.
Bagaimanapun,
penggantian "bukan" dengan "tidak"
menyebabkan sedikit perubahan maksud. Penggunaan "tidak" hanya
menyatakan maksud secara biasa, sedangkan penggunaan "bukan"
menekankan pertentangan dua keadaan secara jelas.
Penggunaan dengan frasa sendi
Untuk
frasa sendi, kata nafi bukan dan tidak digunakan
menurut kesesuaian, umpamanya:
1.
Saya tidak ke sekolah
hari ini kerana sakit.
2.
Saya bukan dari sektor
kerajaan.
3.
Malaysia bukan di benua
Afrika.
4.
Buku ini bukan untuk anda.
Kata
"bukan" dan "tidak" dalam keempat-empat ayat
di atas tidak boleh saling berganti. Oleh sebab itu, perhatian harus diambil
dalam penggunaan kata "bukan" dan "tidak".
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan
yang biasa berlaku untuk ayat nafi ialah kekeliruan antara penggunaan kata
"bukan" dan "tidak".
Ayat tanya
Ayat
tanya dalam bahasa Melayu boleh dibentuk dengan tiga cara:
Cara-cara untuk membentuk ayat tanya
1. Membubuh tanda tanya pada akhir ayat
penyata
Ayat penyata
|
Ayat tanya
|
Tetamu sudah tiba.
|
Tetamu sudah tiba?
|
Buah itu sudah
masak.
|
Buah itu sudah masak?
|
Mereka hendak
menolong kita.
|
Mereka hendak
menolong kita?
|
Dengan tidak mengubah susunan ketiga-tiga ayat di atas, ayat-ayat tanya boleh dibentuk dengan tanda tanya di hujung ayat-ayat penyata. Dalam pertuturan, ayat tanya di atas dinyatakan dengan suara menaik pada akhir ayat.
2. Menggunakan partikel "kah"
Ayat-ayat
tanya dalam bahagian di atas juga boleh disungsang melalui penggunaan partikel
"kah" untuk mencipta ayat tanya sungsang:
Ayat penyata
|
Ayat tanya
|
Tetamu sudah tiba?
|
Sudah tibakah tetamu?
|
Buah itu sudah
masak?
|
Sudah masakkah buah
itu?
|
Mereka hendak
menolong kita?
|
Hendak menolong kitakah mereka?
|
Penggunaan partikel "kah" dalam jenis ayat tanya ini adalah penting untuk mengelakkan kesamaran makna.
3. Menggunakan pelbagai kata
Ayat
tanya juga boleh dibentuk dengan menggunakan kata ada, apa, bila, bagaimana, berapa, mengapa,mana, dan siapa.
Kata
|
Ayat tanya
|
|
Tanpa partikel "kah"
|
Dengan partikel "kah"
|
|
Ada
|
Tiada
|
Adakah cara saya ini betul?
|
Apa
|
Apa yang kamu beli tadi?
|
Apakah yang kamu beli tadi?
|
Bagaimana
|
Bagaimana cara untuk mendaftar diri?
|
Bagaimanakah cara untuk mendaftar diri?
|
Bila
|
Bila ayah kamu pulang?
|
Bilakah ayah kamu pulang?
|
Mengapa
|
Mengapa kamu datang lambat hari ini?.
|
Mengapakah kamu datang lambat hari ini?.
|
Mana
|
Mana ibu?
|
Manakah ibu?
|
Siapa
|
Siapa nama jiran baru kamu?
|
Siapakah nama jiran baru kamu?
|
Kecuali kata "ada", yang lain dapat berdiri sendiri tanpa partikel "kah". Bagaimanapun, partikel "kah" sering digunakan untuk maksud penegasan.
Kesalahan yang biasa berlaku
Kesalahan
yang biasa berlaku ialah penggunaan partikel "kah" di hujung
ayat. Umpamanya:
·
Tetamu sudah tibakah?
·
Buah itu sudah masakkah?
·
Mereka hendak menolong
kitakah?
Kesalahan
ini tertimbul kerana dipengaruhi oleh bahasa sehari-hari seperti berikut:
·
Tetamu sudah tibake?
·
Buah itu sudah masakke?
·
Mereka hendak menolong
kitake?
"Ke"
sebagai bentuk ucapan sehari-hari bagi "kah" tidak
boleh digunakan dalam tulisan. Selain itu, "kah" tidak
boleh digunakan di hujung ayat.
Ayat songsang
Dalam ayat
songsang, predikat terletak pada awal
ayat dan subjek pula terletak pada hujung ayat. Ini merupakan hal yang terbalik
dalam ayat biasa:
AYAT BIASA
|
→
|
SUBJEK + PREDIKAT
|
AYAT SONGSANG
|
→
|
PREDIKAT + SUBJEK
|
AYAT PASIF
|
→
|
OBJEK + KATA KERJA +
SUBJEK
|
Ayat
songsang memberikan lagi satu cara untuk menyatakan sesuatu supaya membantu
menghidupkan tulisan anda. Penggunaan ayat songsang sekali sekala akan
menyebabkan bahasa anda akan lebih indah dan segar. Selain itu, ayat songsang
amat berguna jika anda perlu menekankan predikat, dan bukan subjeknya. Semua
jenis ayat dapat disongsangkan.
Jenis ayat
|
Susunan biasa
|
Susunan songsang
|
Ayat inti
|
Encik Yosri birokrat.
|
Birokratlah Encik Yosri.
|
Kucing itu ke
sana.
|
Ke sana kucing itu.
|
|
Ayat tanya
|
Orang itu adik
kamu?
|
Adik kamukah orang itu?
|
Kamu belum
makan?
|
Belum makankah kamu?
|
|
Ayat pasif
|
Surat itu akan
saya kirimkan.
|
Akan saya kirimkan surat itu.
|
Saya ketinggalan
bas pada hari itu.
|
Ketinggalan bas saya pada hari itu.
|
Perhatikanlah bahawa dalam setengah-tengah ayat seperti di atas, partikel "kan" (untuk ayat tanya) dan partikel "lah" (untuk ayat berita) perlu digunakan supaya jelas bentuk ayat songsang itu.
Ayat inti
Ayat
inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh
digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan
sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah
logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat
berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering
menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan
perasaan ingin tahu pembaca.
Ayat gabungan
Ayat
gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat
yang digabungkan menjadi satu ayat dengan menggunakan kata penghubung seperti dan, serta, atau, tetapi, lalu, dan
sebagainya untuk mengaitkan pendapat yang berhubungan antara satu dengan yang
lain. Bahasa Melayu mempunyai enam pola ayat gabungan, iaitu:
1.
Ayat dengan ayat
2.
Subjek dengan subjek
3.
Predikat dengan
predikat
4.
Adverba dengan adverba
5.
Objek dengan objek.
6.
Ayat gabungan dengan
kata penghubung yang berpasangan.
Jenis ayat gabungan
|
Ayat komponen
|
Ayat gabungan
|
Ayat dengan ayat
|
Abu amat rajin
bekerja.
Majikan menaikkan gajinya. |
Abu amat rajin
bekerja dan majikan menaikkan gajinya.
|
Subjek dengan subjek
|
Ali suka makan
manggis.
Ahmad suka makan manggis. |
Ali dan Ahmad suka
makan manggis.
|
Predikat dengan
predikat
|
Mereka menghadiri
ceramah itu.
Mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah. |
Mereka menghadiri
ceramah itu kerana mereka menganggap ceramah itu sangat berfaedah.
|
Adverba dengan
adverba
|
Saya akan
menghabiskan kerja itu besok.
Jika tidak jadi, saya akan menghabiskan kerja itu lusa. |
Saya akan
menghabiskan kerja itu besok atau lusa.
|
Objek dengan objek
|
Ibu membeli sayur di
pasar.
Ibu membeli ikan di pasar. |
Ibu membeli sayur
dan ikan di pasar.
|
Ayat gabungan dengan
kata penghubung yang berpasangan
|
-
|
Sedangkan dia tidak
dapat memasuki kolej itu, apatah lagi saya.
|
Selain daripada memperkaya gaya penulisan, ayat gabungan dapat mengaitkan dua ayat yang seakan-akan tidak ada perkaitan. Contohnya:
1.
Perkara itulah yang
saya nyatakan kepada Polar.
2.
Polar tidak percaya.
Kedua-dua
ayat seakan-akan tidak ada perkaitan. Jadi, dalam hal sedemikian, ayat gabungan
yang berikut amat perlu digunakan:
Perkara itulah yang saya nyatakan kepada
Polar, tetapi Polar tidak percaya.
Ayat pancangan
Ayat
pancangan ialah ayat gabungan yang terdiri daripada satu ayat
besar dan satu klausa (ayat kecil), umpamanya:
·
Keluarga Ali berpindah
ke Kuala Lumpur kerana penukaran kerjanya.
·
Jika hari hujan, saya
tidak akan keluar dari rumah.
·
Angkatan tentera
British tertewas di Singapura walaupun mempunyai lebih askar berbanding dengan
tentera Jepun
Pautan Lain Tentang Tata Bahasa
No comments:
Post a Comment