Wednesday 19 September 2012

Laman Tata Bahasa Bahasa Melayu

Laman Tata Bahasa Bahasa Melayu

1. Penanda Wacana

Penanda wacana untuk memulakan ayat pendahuluan karangan.
1.  Sedarwarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu.......
2.  Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah......
3. Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.....


4.  Dasawara ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gahdi persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyak kita sendiri.
5. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini…
6.   Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan…..

Penanda wacana untuk ayat terakhir pendahuluan karangan.
1.  Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama. 
2. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
3.   Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastic dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini.
4.  Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan……
5. Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatic harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi



CIRI-CIRI KARANGAN YANG BAIK ( 80 hingga 100 markah )

a. Takrif karangan tepat sekali
- Calon mesti menulis karangan menurut kehendak soalan.

b. Fikiran sungguh matang.

- Calon dianggap berfikiran matang sekiranya dapat mengemukakan pendapat, pandangan, atau cadangan yang baik atau bernas, logik, dan berasional iaitu dapat mengemukakan alasan yang munasabah. 

c. Isi cukup dan berkembang

Isi cukup bermaksud calon mengemukakan tidak tidak kurang daripada 3 isi namun calon yang biasanya mendapat markah yang baik mengemukakan tidak kurang daripada 6 isi dan isi yang dikemukakan itu dikemukakan secara seimbang sekiranya terdapat lebih daripada 1 skop kehendak soalan.

Isi yang berkembang pula bermaksud isi yang diikuti dengan huraian dan contoh-contoh yang sesuai.

d. Pengolahan istimewa atau sangat menarik dan sungguh berkesan.

e. Bahasa sangat memuaskan dan lancar .

Bahasa yang digunakan ialah bahasa baku atau bahasa yang standard serta tidak dipengaruhi oleh gaya bahasa lisan. Misalnya :

f. Terdapat kesalahan tatabahasa yang tidak ketara (jelas )

g. Terdapat pelbagai jenis ayat.

Ini bermakna calon perlu menulis dalam ayat selapis, ayat majmuk (yang menggunakan kata hubung), ayat pendek, sederhana, dan panjang.

h. Kosa kata ( perkataan ) sangat luas dan digunakan dengan betul.

Calon yang baik menggunakan perkataan yang menunjukkan calon banyak membaca buku atau majalah yang ilmiah. Calon juga perlu menunjukkan kebolehan dapat menggunakan perkataan-perkataan tersebut dengan betul dan tepat.

i. Pemerengganan dan wacana digunakan dengan betul.

Calon menulis isi atau fakta, huraian, dan contoh yang lengkap dalam satu perenggan. Perenggan baru yang ditulis seharusnya menunjukkan kesinambungan dengan perenggan yang sebelumnya dengan menggunakan perkataan seperti :

Selain itu,…/ Namun begitu, masih terdapat beberapa bidang lain yang perlu kita terokai untuk melayakkan kita dianggap sebagai satu masyarakat yang serba boleh.

j. Tanda baca digunakan dengan tepat.

Calon yang memperoleh markah yang baik dalam penulisan karangan sangat mengambil berat tentang penggunaan tanda baca terutamanya tanda koma dan nokhtah.


Berikut adalah antara maksud atau definisi wacana. 

KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT  

Keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan. 
Perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. 
Kesatuan fikitan yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. 

ASMAH HAJI OMAR, 1986 

Wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis, iaitu sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi. 

KAMUS DEWAN, 1996:1540 

Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (novel, buku, siri ensiklopedia dan sebagainya), paragraf, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap (Harimurti Kridalaksana,1982) 

KAJIAN BAHASA 

Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, iaitu boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, cerita, dialog, dan sebagainya yang dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Dengan perkataan lain, wacana adalah satu satuan bahasa yang lengkap. 

TEKS DAN RUJUKAN LENGKAP BAHASA MELAYU KERTAS 1dan 2 

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana merupakan satu satuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku. 

KESIMPULANNYA… 

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab buku, cerita, dialog, siri buku dan sebagainya yang menunjukkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. 

Wacana boleh diletakkan samada di Perenggan PendahuluanPerenggan IsiPerenggan Penutup danlain-lain

Contoh-contoh penggunaan penanda Wacana untuk memulakan ayat pendahuluan karangan dan juga ayat akhir pendahuluan karangan boleh di lihat di sini.

Penanda Wacana juga biasa digunakan di dalam ayat pertama setiap perenggan atau untuk ayat kedua dan seterusnya di dalam karangan.

Sumber Rujukan


No comments:

Post a Comment