PUISI


Pengenalan 

Puisi tradisional ialah karangan berangkap yang mempunyai bentuk tertentu. Puisi tradisional yang dibincangkan ialah syair, seloka, gurindam dan pantun. 

Seloka 

Seloka merupakan sejenis puisi lama yang ditulis secara berangkap-rangkap. Rima akhirnya tidak tetap. Dalam seloka terdapat nada menyindir atau mengejek dan setiap baris mempunyai makna atau isi. 

Gurindam 

Gurindam pula sejenis puisi lama yang terdiri daripada dua baris atau kalimat. Baris pertama tersimpul fikiran berupa soalan dan baris kedua berupa jawapannya. Gurindam boleh digolongkan kepada gurindam dua baris, gurindam serangkap empat baris dan gurindam bebas. 

Syair 

Syair berasal daripada perkataan Arab  “syir” yang membawa maksud puisi. Setiap rangkap mempunyai empat baris dan rima akhirnya a-a-a-a. 

Pantun 

Pantun ialah puisi Melayu hasil pemikiran masyarakat Melayu tanpa dipengaruhi karya asing. Antara bentuk pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun lapan kerat.
Bagi pantun dua kerat, rimanya a-a-, iaitu baris pertama merupakan pembayang manakala baris kedua merupakan maksud. Bagi pantun empat kerat, rimanya,a-b-a-b, iaitu dua baris di atas merupakan pembayang dan dua baris berikutnya merupakan maksud.



Gurindam Baris Hadapan 
Tidak berbuat walaupun tahu,
Diambil pengayuh dibuang perahu.

Tidak tahu tapi berbuat,
Kayu perahu di atas darat. 
Banyak bercakap tak baca buku,
Macam membawa duit tak laku.
Kurang berfikir rajin membangkang,
Bila-bilapun di baris belakang. 
Jika ilmu dikaji teliti,
Di sungai cabaran tersedia titi. 
Ilmu dituntut dengan tabah,
Yakin diri bertambah-tambah. 
Membaca buku karangan tokoh,
Bagai berpaut di dahan kukuh.
Kembang ilmu tegap wibawa.
Seluruh rakyat  tidak kecewa.


                                                                                Rahman Shaari
                                                                                             Anak Laut, DBP 2000

RANGKAP
             MAKSUD
1
Sesuatu ilmu yang dipelajari tidak bermakna sekiranya tidak digunakan.
2
Orang yang tidak berilmu, tetapi cuba melakukan sesuatu, maka perbuatan mereka hanya sia-sia sahaja.
3
Orang yang bercakap tanpa ilmu, tidak akan memberi sebarang faedah.
4
Orang yang hanya tahu membangkang akan disisihkan daripada masyarakat.
5
Kita perlu menguasai ilmu dengan bersungguh-sungguh agar mudah menghadapi masa depan.
6
Seseorang yang belajar dengan tabah akan dapat meningkatkan keyakinan diri.
7
Sekiranya kita mempelajarai ilmu daripada mereka yang pakar menjadikan  pegangan lebih mantap.
8
Orang yang berilmu dapat melahirkan masyarakat yang berpendidikan.  

Tema dan Persoalan 

Tema gurindam ini menekankan tentang kepentingan ilmu. Persoalan yang dikemukakan ialah kepentingan menuntut ilmu, meningkatkan keyakinan diri, sikap suka mengkritik dan  berguru dengan mereka yang pakar. 

Nilai Murni dan Pengajaran 

Elakkan bersikap sombong sekiranya kita mempunyai ilmu. Kita juga tidak digalakkan mengkritik orang lain. Sepatutnya kita memberikan cadangan agar dapat dimanfaatkan bersama. Ilmu perlu dicari untuk meningkatkan keyakinan diri dan ilmu itu dapat kita kembangkan kepada orang lain.Kita juga digalakkan menuntut ilmu dengan guru yang berwibawa agar kita memperoleh ilmu yang lebih baik dan luas.

Tajuk Puisi Tradisional Melayu
SPM Bahasa Melayu Moden
Sumber Rujukan
http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=SPM&s=BM&b=NOV&m=2&r=m&i=NOTA


PUISI: TEKS  LUKISAN ZAMAN
 

 
Berdasarkan Teks Kajian Terdapat 4 Puisi Melayu Lama
1. pantun
2. syair
3. gurindam
4. seloka
1.  Pantun

Kedudukan Pantun dalam Puisi Melayu Tradisi

a. Milik melayu asli.  Berbanding dengan syair, seloka dan gurindam, pantun adalah puis yang lahir daripada maysarakat melayu tradisi yang amat tinggi nilainya.
b. Puisi Melayu yang tertua., iaitu yang pertama sekali lahir dalam masyarakat Melayu.
c. Mempunyai kepelbagaian bentuk. Ada yang 2 kerat, 4 kerat, lapan kerat, berkait dan seterusnya.
d. Popular dalam semua lapisan masyarakat. Pantun terkenal di kalangan orang tua, orang muda dan  kanak-kanak.
e. Mampu membawa tema yang pelbagai seperti kasih sayang, nasihat, agama, adat, budi,cinta, cinta, dan sebagainya
f. Mampu membawa makna yang tersirat secara halus dan berkesan. Ini sesuai dgn jiwa masyarakat melayu yang suka mendidik secara halus.
g. Mudah dicipta secara spontan
h. Mencerminkan pancaran nilai budaya Melayu
Nota :  perlu kemukakan contoh dalam menjawab soalan.
 
Ciri-ciri kelebihan pantun 

a. Wujud pembayang dan maksud dalam setiap rangkap.  Ciri ini tidak terdapat dalam puisi yang lain.
b. Boleh berdiri sendiri kerana setiap rangkap pantun sudah membawa makna yang lengkap berbanding dengan syair yang memerlukan perkaitan dengan rangkap2 berikutnya.
c. Rima tengah atau jedanya ditekan di dalam pantun, tetapi tidak demikian dalam puisi lain.
d. Ada unsur persamaan dengan puisi lain terutama syair seperti dari segi rima akhirnya, jumlah perkataan dan sukukata.

Kepentingan pantun

a. pantun dapat disulami dalam puisi melayuu yang lain bagi mempelbagaikan ungakapan. Contohnya dalam nyanyian rakyat. Gurindam. Bahasa berirama dll.
b. Membantu mempertingkatkan daya estetika (keindahan) puisi-puisi lain.
c. Menjadi pemanis kata dan pengindah bicara dalam ungkapan-ungkapan bahasa yang puitis.
d. Melambangkan budaya tinggi dalam ciptaan sastera.

http://members.tripod.com/~nita_73/bar.gif
SYAIR

Definisi 

Syair ialah jenis puisi melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandung 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud.  Keempat-empat baris itu  pula berirama sama.
Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat. Sindiran , nasihat, pengajaran, agama dan juga berasakan sejarah atau dongeng.
 
1. ciri-ciri bentuk Syair
a. Merupakan puisi terikat.
b. Rangkap : jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu.  Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun.  Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut
c. Perkataan :  bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris
d. Sukukata :  Bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata dalam sebaris
e. Rima:  Rima  akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a
 
GURINDAM

1. Ciri-ciri bentuk Gurindam 

a. Merupakan puisi bebas atau tidak terikat
b. Rangkap :  Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap.  Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa makna yang lengkap.
Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris kedua dikenali sebagai “jawab”. Baris pertama “syarat” menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi.
c. Perkataan :  jumlah perkataan sebaris juga tidak tetap.
d. Sukukata :  julah sukukata juga tidak tetap.
e. Rima : rima akhirnya juga tidak tetap
http://members.tripod.com/~nita_73/bar.gif

SELOKA

1. ciri-ciri bentuk 

a. Merupakan puis bebas atau tidak terikat
b. Rangkap :  Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap
c. Perkataan : jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap.
d. Sukukata :  jumlah sukukata dalam sebaris juga tidak tetap.
e. Rima :  Rima akhirnya dalam serangkap juga tidak teks

Sumber Rujukan 
Sastera STPM
Kajian 4 Puisi Melayu

No comments:

Post a Comment