PERKEMBANGAN KURIKULUM PSV DI MALAYSIA
PENDAHULUAN
Pada masa ini, Pendidikan Seni
Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai mata pelajaran yang berperanan
besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mata pelajaran ini merentasi kurikulum.Pendidikan Seni
Visual(PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek
pemahaman,penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetik dan daya kreativiti
melalui imaginasi dan konsepsi murid.
Pendidikan Seni Visual pernah
dikenali sebagai mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan.Setelah beberapa
perubahan berlaku mengikut peredaran dan keperluan semasa, maka mata pelajaran
tersebut telah ditukar menjadi Pendidikan Seni. Setelah beberapa tahun
diperkenalkan,ia telah diubah pula menjadi
Pendidikan Seni Visual atas kesedaran
masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam
kehidupan.Perubahan ini sesungguhnya amat sesuai sekali kerana Pendidikan Seni
Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak atau visual dan tidak
merujuk kepada seni lain seperti seni
muzik, seni tari,seni teater , seni sastera, seni mempertahankan diri atau seni
fotografi.
Pendidikan Seni Visual bertujuan
memberi peluang kepada murid memupuk minat,memperkembang keperibadian,memberi
kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta
kaitannya dengan mata pelajaran lain.Murid di sekolah rendah pada
keseluruhannya adalah kreatif,ekspresif dan aktif.Pendidikan Seni Visual
memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual,imaginasi dan
daya pemikiran.Kegiatan pemikiran,penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai
jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi
diri.Pengalaman ini penting dalam membantu murid membina keyakinan diri,membuat
penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
SEJARAH
PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL
Perbincangan tentang perkembangan kurikulum
Pendidikan Seni Visual di Malaysia tidak dapat lari dari perbincangan tentang
perkembangan sistem pendidikan di Malaysia itu sendiri kerana Pendidikan Seni
Visual mempunyai rentetan sejarah yang seiring dengan perkembangan sistem
pendidikan di Malaysia.Ianya meliputi peringkat sebelum merdeka,awal merdeka ,
selepas merdeka sehinggalah sekarang.Ianya juga sangat berkait rapat dengan
kelahiran institusi seni dan kemunculanpertubuhan seni lukis serta perkembangan
seni halus di Malaysia.
Pendidikan
Sebelum Merdeka
Sebelum kedatangan kuasa penjajah ,pendidikan
di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan
kognitif pelajar-pelajar.Corak pendidikan yang ada ketika itu berjalan seperti
biasa dengan pengajaran al-Quran,tingkah laku dan akhlak yang baik,pengetahuan
kerohanian
dan seni mempertahankan diri.Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraf
tangan serta perintis dalam bidang
pertanian,perikanan dan pemburuan. Pendidikan Melayu yang awal menekankan
pengajaran al-Quran dan pengetahuan asas membaca,menulis,dan mengira(3M) dan
diadakan di peringkat yang rendah sahaja.Jika ada anak-anak Melayu yang
bercita-cita tinggi dan ingin
menyambung pelajaran,maka mereka terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di
bandar.
Tujuan utama Sekolah-sekolah Melayu
diasaskan pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 adalah untuk membolehkan
anak-anak Melayu terus kekal di desa dan mewarisi kemiskinan keluarga.Oleh itu
,pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa Melayu dihadkan kepada empat
tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad.Pendidikan Melayu tidak
dapat mengubah cara hidup orang Melayu
atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak dalam kalangan masyarakat Melayu.
Berdasarkan Laporan
Winstedt,”Tujuan sekolah Melayu menurut Penyata Pelajaran tahunan Negeri-negeri
Selat 1885 adalah;Cukup untuk kehendak-kehendak biasa budak-budak Melayu,yang
kelak akan menjadi pemandu kereta lembu,penanam padi dan nelayan.Tujuan
kerajaan bukanlah untuk mewujudkan segelintir pemuda yang berpendidikan
baik.Pelajaran untuk orang Melayu tidak boleh melewati batasan,kerana ia akan
menimbulkan kesulitan nanti.Pada tahun 1916,Laporan Winstedt memperkemas sistem
pendidikan rendah di Tanah Melayu.Sekolah Melayu dan maktab mengajar
subjek lukisan.Anyaman diletakkan di
bawah subjek Sains Pertanian.
Selain itu,Laporan Winstetd
(Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Selat) mencadangkan;Lukisan adalah
mustahak untuk “Latihan yang amat baik memerhati alam” yang didapati
darinya,dan ia dapat menimbulkan minat dan kecerdasan murid-murid dan melatih
mereka ketepatan dan kecermatan.Dan ia menyesuaikan mereka dengan kerja-kerja
mandur.Ia patut dimestikan dalam darjah 3 dan 4 dan menyediakan subjek Kerja
tangan seperti membuat bakul.
Pada awal abad ke-20, bagi
menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan Menengah,Maktab Melayu
Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905
,tetapi
sekolah
ini khas untuk golongan bangsawan sahaja.Pada tahun 1922,Maktab Perguruan
Sultan Idris ditubuhkan bagi memberi
latihan perguruan dan semua wajib
mempelajari kesemua subjek termasuk lukisan,pertanian dan pertukangan.Komponen
subjek Pendidikan Seni diajar bersama-sama dengan pertukangan tangan seperti
membuat bakul dan lain-lain.Sukatan Pelajaran yang digunakan ialah pelajaran
menggunakan mengkuang untuk membuat bakul bagi tahun pertama.Mereka dikehendaki
mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh..Kerja –kerja
tahun pertama disambung pada tahun kedua dan penggunaan rotan dan buluh
adalah
lebih meluas lagi pada tahun ketiga.Buku teks yang digunakan ialah
“Kita
Rajah-rajah Anyaman”oleh guru anyaman Mr.W.Olanguera.
Pada
tahun 1929,guru-guru Melayu telah menggunakan Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua
untuk mengajar pelbagai subjek termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di
sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu.Kitab Pedoman Guru
Penggal 1(1928) dan Penggal 2(1929) yang disusun oleh O.T.Dussek dan Muhammad
Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis di Malaya mengenai kaedah
mengajar subjek Lukisan dan Pertukangan Tangan.Buku ini sangat penting pada
masa itu kerana kaedah mengajar Pendidikan Seni yang dirancang dari unsur-unsur
yang senang sehinggalah kepada yang lebih susah.Pada tahun 1930,sistem
persekolahan berjalan 4 jam sehari iaitu pukul
8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.Antara subjek yang diajar ialah
Karangan,Ilmu Kira-kira,Ilmu Alam,Sejarah Melayu,Kesihatan,Lukisan,Menganyam
dan berkebun dan Senaman.Anyaman dan berkebun adalah untuk menjadikan sistem
Persekolahan Melayu lebih mirip kepada kampung.(anjuran R.O.Winstedt).
Perkembangan
Pendidikan Awal Merdeka
Selepas Perang Dunia
Kedua,perkembangan politik negeri China, India,dan negara jiran mengalami
banyak perubahan.Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat
kediaman mereka .Kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah
kerumitan kaum dalam pendidikan.Orang Melayu mula mendesak supaya kerajaan
membaiki mutu pendidikan di sekolah-sekolah
Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran.Sebuah
jawatankuasa ditubuhkan iaitu
Jawatankuasa Barnes.Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951.Laporan
ini mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa
berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar
utamanya.Sekolah Cina dan Tamil akan ditukar secara beransur-ansur kepada
sekolah kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan.Cadangan tersebut
ditentang hebat oleh orang Cina.Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah memburukkan
lagi pertikaian kerana menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa
Melayu,bahasa Inggeris dan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.
Pada Tahun 1960, Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur telah
ditubuhkan bagi membentuk guru-guru
pakar dalam bidang masing-masing antaranya menawarkan kursus
Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani,
Pendidikan Guru Kelas
Buta dan Cacat
Pendengaran, Kaunseling dan Kerjaya,
Teknologi Pendidikan dan
sebagainya.Sebenarnya maktab ini merupakan sebuah sekolah seni lukis dan
juga maktab latihan perguruan .
Peter Harris telah mengendalikan
kurikulum Jabatan Pendidikan Seni bagi latihan guru pada tahun 1961.Antara
kakitangan awal MPIK ialah ialah Syed
Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng,
Anthony Lau , Lee Loo F, Cheong
Lai Tong dan
Jolly Koh. Peter Harris
kemudiannya diambil Alih oleh Syed Ahmad
Jamal dan seterusnya oleh Yeoh Jin Leng .Aspek
–aspek kepakaran seni halus seni
grafik dan kraftangan diberi penenekanan.Sukatan Pelajaran
yang ditawarkan ialah
Catan, Seni Halus, Seni Arca Seni
Seramik, Seni Tekstil(Batik), Seni Anyaman/Tenunan. Antara guru dan
pelukis keluaran MPIK
ialah Ahmad Khalid,
Redza Piyadasa, Othman Mansur, dan Ismail Hashim. Bagi guru cemerlang, mereka ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran
ke peringkat ijazah
di luar negara. (sekitar 60-an)
Pada tahun 1960 juga ,satu
jawatankuasa telah mengkaji semula
implementasi dasar pendidikan di bawah Ordinan Pendidikan 1957 yang
dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib.Penyata Rahman Talib itu telah
mengesyorkan; Menyediakan pendidikan universal selama 9 tahun dan menaikkan had
umur berhenti sekolah dari 9-15 tahun.memberi pelajaran percuma kepada
kanak-kanak di semua aliran sekolah mulai1962,
membanyakkan
kemudahan pendidikan teknik dan vokasional,mengadakan pendidikan Agama Islam dan Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras seiring dengan
kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan .Akta
Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di
Negara ini.Justeru, Kurikulum Lama
Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan.Mata pelajaran yang diajar oleh
guru-guru dana dipelajari oleh murid-murid
dalam KLSR ialah Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Matematik,Sains,Tawarikh,Ilmu
Alam,Hal Ehwal Tempatan,Tata Rakyat,Jawi,Pendidikan AgamaIslam,Lukisan dan
Pertukangan Tangan Pendidikan Jasmani dan lain-lain.
Perkembangan Pendidikan
Selepas Merdeka
Selepas merdeka, bermula dari tahun
1965,Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal dasar baru
pendidikan.Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan ini,murid-murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan
belajar dua kumpulan mata pelajaran yang dikenali sebagai subjek wajib dan
subjek elektif.
Kementerian Pendidikan Malaysia juga
telah memainkan peranan yang positif dalam memperkembang Pendidikan Seni
Visual.Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan terhadap kurikulum Pendidikan Seni Visual itu
sendiri yang telah beberapa kali melalui proses perubahan .Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek
falsafah,matlamat,objektif,pendekatan,kaedah dan isi kandungan subjek
tersebut.Retrospektif perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawall
pertengahan abad ke -19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang
Free School dengan memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir
dalam kraf(Carline,(1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md.Nasir bin
Hj.Ibrahim-Isu dan Pemasalahan Kurikulum Pendidikan Seni Visual).
Persekolahan peringkat
rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR sehinggalah kajian
dibuat pada tahun 1974-1979 oleh
jawatankuasa yang diketuai oleh Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat
kesesuaian KLSR.Laporan yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati KLSR sudah
tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan kurikulum yang baru.Implikasinya
ialah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan pada tahun 1982.Namun
begitu,pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti kelemahan
dan kekuatannya.Lanjutan itu,KBSR yang
dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah.Dari segi kurikulum,subjek-subjek yang sedia ada telah
mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan
termasuklah Pendidikan Seni Visual.
Kini,sekali lagi kurikulum
Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada melengkapkan perkembangan diri
seseorang individu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaran
terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam menghargai hasilan
seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan identiti bangsa.Perubahan-perubahan
ini melibatkan falsafah,matlamat,objektif,pendekatan,kaedah, dan isi kandungan
yang lebih mantap dan akan menarik minat lebih ramai pelajar.
Dalam KBSR.Pendidikan Seni Visual
merupakan subjek wajib yang mesti dipelajari oleh kesemua murid.Mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah
mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Matlamat subjek Pendidikan Seni
Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh PFK pada tahun 2000
adalah untuk melahirkan insan yang harmonis,kritis,kreatif dan produktif
menerusi pemupukan asas seni visual,Kandungan kokurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
kesyukuran terhadap tuhan,menghargai keindahan alam persekitaran,keindahan seni
dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara,selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KEPENTINGAN
MATA PELAJARAN PSV DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
Matlamat sebenar Pendidikan Seni
Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang
harmonis,kritis,kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni
visual.Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan,menghargai keindahan alam persekitaran,keindahan seni dan
warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan
diri,keluarga,masyarakat dan negara,selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.Pendidikan Seni Visual memainkan peranan penting dalam pembangunan
manusia.Malah seni itu sendiri boleh dianggap sebagai agen perubahan
masyarakat.Seni wajar diletakkan pada landasan yang betul dalam arena
pembangunan manusiawi.
Kefahaman yang cetek yang
mengatakan seni tidak menjanjikan kerjaya yang baik perlu dikikis.Pendidikan
yang diterima oleh manusia sama ada kita sedari atau tidak sebenarnya telah
meletakkan seni di tempat yang sewajarnya.Contohnya pendidikan yang diberikan
oleh ibu bapa iaitu pada zaman
kanak-kanak.Ibu bapa tanpa disedari telah mendidik anak-anak mereka
mengenal alat-lat permainan yang mempunyai pelbagai warna dan beraneka jenis
rupa bentuk.Kanak-kanak juga suka menconteng dan kesempatan ini digunakan untuk
melahirkan ideanya.Bakat’melukis’ ini jika dipupuk dengan sebaiknya,dibimbing
dan diberi galakan akan menjadikan kanak-kanak itu seorang pereka seni yang
baik.
Kepentingan
Mata Pelajaran PSV kepada Guru
i.Melahirkan
guru yang kreatif,peka,berketrampilan dan profesional
Dalam
sistem pendidikan di Malaysia,kepentingan mata pelajaran PSV dapat ditinjau
daripada dua aspek iaitu kepentingannya kepada
pendidik itu sendiri dan juga kepentingannya kepada pelajar dan negara
.Antara kepentingan PSV kepada seorang pendidik ialah dapat melahirkan guru
yang kreatif,inovatif,peka,berpesonaliti yang berketrampilan dan professional.Menurut
Lernardo da Vinci iaitu seorang seniman,jurutera,anatomis dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan
seni yang betul,ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang
kreatif,inovatif,peka,berpersonaliti yang seimbang,berketrampilan dan
profesional.Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian dan tumpuan
pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.Contohnya melalui
aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan,guru dapat membantu murid-muridnya
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak
menggunakan imaginasi,ekspresi,inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini
akan lebih menyeronokkan murid-murid
tersebut.
ii.Membantu
guru memahami diri dan persekitaran
Selain itu,PSV juga dapat membantu
guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.Seni membantu
para guru dalam memahami diri dan persekitaran.Aktiviti seni visual,muzik dan
pergerakan memudahkan proses menghubungkaitkan semua benda dalam alam ini.Dengan demikian,seni dapat membantu untuk
mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.
iii.Lebih
mudah mencapai objektif
Seterusnya,melalui PSV juga
seseorang guru itu lebih senang mencapai objektif atau matlamat.Integrasi seni visual,muzik dan
pergerakan dengan pelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak
kiri dan otak kanan.Quadrant Concept(1999) oleh Herrmann menunjukkan
perkembangan otak kiri dan otak kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran
yang rasional dan intuitif seseorang terutamanya untuk guru agar mereka dapat
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan.Justeru,dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni,guru
senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.
iv.Mempelbagaikan
teknik dan strategi
Di samping itu,guru juga dapat mempelbagaikan
teknik dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran melalui PSV.Dalam Teori Pelbagai Kecerdasan ,Howard Gardner
(1983) mengesyorkan bahawa terdapat lapan jenis kecerdasan tetapi kebanyakan
sekolah memberi penekanan terhadap kecerdasan linguistik dan matematik sahaja.Kecerdasan lain mungkin akan
hilang.Teori ini menyokong seni perlu
diberi peranan yang penting dalam kurikulum.Ini kerana manusia
memperoleh pengetahuan melalui pelbagai kecerdasan dan juga melalui pelbagai
teknik pengajaran.
Oleh itu guru hendaklah menggunakan
pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid
mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran.PSV menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu.Dalam setiap
kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni
dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni.Cara bekerja yang teratur,cermat dan
selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan.
Kepentingan
Mata Pelajaran PSV kepada Murid
i.Memupuk
kreativiti Kanak-kanak
Pendidikan Seni Visual memainkan
peranan yang sangat penting dalam pembangunan manusia.Antara kepentingannya
ialah PSV dapat memupuk kreativiti kanak-kanak.Sifat semulajadi kanak-kanak
memerlukan perhatian,belaian,sentuhan dan sebagainya.Tanpa kita
sedari,perkembangan seni tampak kanak-kanak berlaku dengan begitu pesat
sekali.Sebelum remaja,kanak-kanak mengalami tiga tahap perkembangan seni tampak
iaitu peringkat manipulatif(2-5 tahun),peringkat melakar simbol-simbol(5-9
tahun) dan peringkat pra-remaja (10-13 tahun).Berdasarkan kajian ,perkembangan
seni ini berlaku pada setiap kanak-kanak.Perbezaan mungkin timbul berdasarkan
faktor persekitaran,bimbingan berterusan daripada keluarga atau latar belakang pendidikan.Melalui
proses –proses lakaran ini,tahap mental kanak-kanak akan berkembang.Oleh
itu,proses membentuk kreativiti dari diri kanak-kanak itu akan terbina dengan
baik.(Laura Chapman,1978)
ii.Memupuk
dan mengembangkan sifat kreativiti dan inovatif para pelajar
Apabila seseorang pelajar telah
meningkat remaja sekitar 10-15 tahun,pengetahuan tentang seni semakin
bertambah.Seseorang pelajar mulai cenderung untuk mencipta sesuatu bentuk
dengan lebih baik. Sekiranya mendapat bimbingan yang betul tentang seni,maka
tahap kematangan kreativitinya akan berkembang.Menurut Lowenfeld dan
Lambert(1965) peringkat ini merupakan peringkat yang paling konflik dan
genting..kerana berlakunya persaingan. Pelajar yang lemah akan mengalami
tekanan untuk memilih bidang seni sebagai bidang utama dalam proses membesar
mereka.Sekiranya tidak dibimbing dan diberi penerangan yang betul,kemungkinan
minatnya terhadap seni akan terkubur.Berbanding dengan pelajar yang diberi
bimbingan atau nasihat yang positif ,mereka akan menjadi lebih
berdisiplin,cekal dan berminat dengan subjek seni ini.Begitulah pentingnya mata
pelajaran PSV dalam sistem pendidikan di Malaysia.
iii.Pengalaman
optima pembelajaran PSV meningkatkan
keyakinan diri
Pengalaman yang diperoleh melalui
pembelajaran seni boleh membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran
belajar.Selaras dengan sains dan teknologi,PSV dapat membina keupayaan bagi
menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini.Pengalaman yang
diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan
kita.Contohnya,dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita
pakai.Warna yang lembut,terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan
tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan.Apabila kita menggunakan pilihan
warna yang lembut,ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita.Keyakinan akan
membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.
iv.Menggalakkan
pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh
Mata pelajaran PSV juga dapat
menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.Kreativiti semulajadi
akan merangsang proses pembelajaran dan pengajaran.Ini menjurus kepada
keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dikaitkan dengan
personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan.Oleh itu,seni mampu mempengaruhi
kita dalam membina sikap,keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut
kesesuaian masyarakat masa kini.Seni dapat memupuk disiplin diri.
mengukuhkan’esteem’kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
v.Mengaplikasikan
informasi secara berkesan-Belajar Cara Belajar
Penggabungjalinan bidang seni dengan pelajaran lain
melengkapkan lagi perkembangan otak kiri
dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan
menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja
dan mengekspresi kendiri. Justeru ,seni .
dapat
mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan
ilmu seni dapat membantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu
mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubung kait idea dengan objek
dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.
Kepentingan
Mata Pelajaran PSV kepada Negara
i.Melahirkan tenaga professional
dalam pelbagai bidang
Sebagai sebuah Negara yang sedang membangun,kita amat memerlukan ramai tenaga
profesional.Jurutera,arkitek,doktor,saintis dan peguam merupakan bidang
kerjaya yang amat diperlukan oleh
Negara.Akibat kekurangan itu,kita terpeksa mengimport dari luar Negara.Dalam
bidang kerjaya,seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk generasi hari
ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.Selain untuk memenuhi
keperluan Negara,pelajar yang memilih bidang ini juga boleh merancang untuk
membentuk satu profesion baru.Menjadi seniman sepenuh masa contohnya.Walaupun
Negara kita masih baru dalam bidang ini,namun telah terdapat ramai seniman yang
mampu hidup mewah dengan menjadikan seni sebagai satu profesion.
ii.Memupuk
sifat kecintaan terhadap seni dan estetika.
Negara perlu memikirkan satu kaedah yang
berkesan bagaimana seni dapat dijadikan
teras kepada pembentukana masyarakat.Seni ini boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta
kepada nilai-nilai keindahan.Pada hari ini,melalui sebuah agensi kerajaan,kita
melihat beberapa agenda penting disambut setiap tahun.Pelbagai aktiviti dan
perayaan dianjurkan oleh kerajaan dengan pelbagai bentuk kebudayaan.Antaranya
Program Tahun Melawat Malaysia anujran Kemementerian Kebudayaan,Kesenian dan
Warisan.
Selain daripada itu, terdapat
pelbagai program lain yang dianjurkan bertujuan untuk menarik para
pelancong.Program seperti ini wajar diadakan dan dipergiatkan lagi.Namun apa
yang penting di sini ialah penglibatan masyarakat masih lagi tidak menyeluruh,terutamanya
kesan penghayatan terhadap aktiviti yang dijalankan itu.Keghairahan kerajaan
menganjurkan pertunjukan kebudayaan dan kesenian diharapkan tidak mengabaikan
nilai estetika dan moral yang menjadi aset penting dalam pembangunan negara.
Gejala sosial yang berlaku hari
ini,sedikit sebanyak berkait rapat dengan aspek penghayatan estetika.Estetika
wajar dijadikan asas dalam aktiviti seni sama ada dari aspek pembangunan
insan,pembangunan rohani dan jasmani,perkembangan dan bimbingan dalam kehidupan
seharian.Kefahaman masyarakat terhadap kepentingan seni ini wajar
diperbetulkan.Tanggungjawab mendidik masyarakat ke arah memahami kepentingan
seni ini,bukanlah terletak di bahu guru Pendidikan Seni Visual semata-mata
tetapi kepada semua anggota masyaraka
iii.Memupuk
perasaan sayang akan seni dan warisan dalam masyarakat
PSV sangat penting bagi memupuk
perasaan sayang akan seni dan warisan dalam masyarakat.Masyarakat kita memang
kaya dengan warisan budaya.Sebut sahaja keperluan harian yang digunakan di
rumah kita.Pinggan mangkuk,peralatan memasak,ukiran kayu,seni batik dan tenunan
atau tekstil,hamparan tikar mengkuang atau pandan,anyaman kelarai,seni rumah
binaan kayu atau kampung ,seterusnya seni budaya sopan santun dan adat
istiadat.Seni warisan ini sebenarnya semakin terpinggir dan hampir
dilupakan.Tidak ada lagi orang yang akan menghulurkan tepak sirih apabila
menyambut tetamu atau hamparan tikar mengkuang di ruang tamu.Kehidupan moden
yang dialami hari ini telah melupuskan semua warisan ini.Justeru,melalui PSV
adalah diharapkan agar perasaan sayang akan
seni dan warisan ini akan terus dipupuk dan tidak hilang ditelan zaman.
v.Melahirkan masyarakat yang memiliki jati
diri
Akhir sekali,PSV juga amat penting
dalam sistem pendidikan kita khususnya bagi melahirkan masyarakat yang memiliki
jati diri.Budaya menunjukkan bangsa.Kata bidalan ini jelas menunjukkan bahawa
sesebuah masyarakat itu perlu meletakkan kepentingan budaya pada satu kedudukan
yang tinggi dalam masyarakatnya.Mengekalkan kebudayaan supaya dikenali
Dan
dihormati bukanlah satu tugas yang mudah.Kita boleh mengesan sessuatu bangsa melalui perkembangan
budayanya.Masyarakat yang mempunyai jati diri yang kuat akan berusaha untuk
mengekalkan seni,budaya dan warisannya.Kita mestilah meletakkan tanggungjawab
di bahu masyarakat akan kepentingan nilai seni dan estetika.Kefahaman dan
tanggungjawab ini perlu dipupuk di peringkat awal lagi.Sekolah dan institusi
pengajian tinggi merupakan tempat yang paling wajar.Peranan murid,. guru, atau
pensyarah dan pihak Kementerian Pendidikan amat penting untuk
merealisasikan perkara ini.Semua ahli
masyarakat boleh memainkan peranan
menjadi ahli atau individu yang adak kepentingan untuk menjadi warga yang dapat
memberikan sumbangan ke arah cita-cita yang murni.
PERANAN GURU
DALAM MENJAYAKAN MATA PELAJARAN PSV
i.Guru
PSV sebagai pelaksana dalam kurikulum yang telah diselaraskan.
Dalam mencapai matlamat PSV dan juga matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan,peranan guru amat penting terutamanya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.Guru PSV hendaklah sentiasa
melaksanakan kurikulum yang telah diselaraskan dan mengamalkan konsep 5P dalam pengajaran dan pembelajaran. Konsep 5P merupakan aspek
yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini
pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu
pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam
kalangan murid.Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan
kemahiran,penyerapan pengetahuan,penerapan nilai,pemulihan dan pengayaan;
Penggabungjalinan
Penggabungjalinan ialan satu proses yang
menggabungjalinkan pelbagai bidang
kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran
yang integratif dan menyeluruh.Pengabungjalinan
ini
bertujuan membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara
serentakdalam satu proses pengajaran dan pembelajaran.Ianya dapat meningkatkan
keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran,lebih menarik minat
pelajara terhadap pengajaran dan pembelajaran,menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih bermakna kepada murid-murid dan memberi ruang serta peluang
bagi pertumbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbanga dan menyeluruh.
Terdapat tiga bentuk
penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata
pelajaran,penggabungjalinan kemhairan daripada mata pelajaran lain dan
penggabungjalinan merentas kurikulum.Penggabungjalinan pelbagai kemahiran
melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan,membaca,menulis,mengira,berfikir,melukis,mewarna
dan lain-lain.Contohnya guru meminta pelajar melukis lima buah -buahan
tempatan,
kemudian
mewarna buah-buahan tersebut.Oleh itu pelbagai kemahiran dapat diterapkan dalam
aktiviti tersebut antaranya ialah kemahiran berfikir,melukis dan
mewarna.Kemahiran utama yang guru tersebut perlu fokuskan ialah kemahiran
melukis iaitu objektif utama pengajaran dan pembelajaran manakala kemahiran
yang digabungjalinkan dengan kemahiran utama ialah mewarna dan berfikir.
Bentuk penggabungjalinan seterusnya ialah
penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain.Penggabungjalinan
bentuk ini amat penting untuk meningkatkan kemahiran murid.Contohnya bagi mata
pelajaran Kajian Tempatan pelajar perlu mengenali peta Malaysia.Oleh itu
pelajar perlu melukis dan mewarna peta Malaysia mengikut nama-nama negeri yang
terdapat dalam Malaysia.Kemahiran dalam PSV seperti melukis dan mewarna
digabungjalinkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.
Akhir
sekali,bentuk penggabungjalinan merentas kurikulum.Penggabung-jalinan ini
melibatkan kemahiran belajar untuk belajar,kemahiran berfikir secara kreatif
dan kritis,kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran pelbagai kecerdasan dan
kemahiran generik.Penggabungjalinan merentas kurikulum bermaksud
penggabungjalinan kemahiran di luar pembelajaran.Contohnya dalam menghasilkan
kraf tangan,pelajar haruslah berfikir secara kreatif dankritis bagaimana hendak
menghasilkan kraf yang menarik.
Penyerapan
Penyerapan pengetahuan pula adalah
proses menyebatikan dan menyatupadukan pengatahuan atau unsur isi pengetahuan
daripada satu mata pelajaran lain ke dalam isi pelajaran yang diajar.Penyerapan
pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukan kemahiran.Antara kelebihan
penyerapan pengetahuan dalam PSV ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih menarik walaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya
bersifat sebaliknya.Selain itu,aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih produktif dan efektif.Seterusnya dengan pemilihan isi pengetahuan yang
menarik daripada mata pelajaran lain akan menjadikan murid lebih
ceria,bersemangat dan progresif.Akhir sekali,murid-murid menjadi lebih faham
dengan sesuatu yang dipelajarinya dengan penyerapan,hubungkait dengan
pengetahuan daripada mata pelajaran lain.Dalam mata pelajaran PSV,guru boleh
menambahkan ilmu pengetahuan dari mata pelajaran lain dengan mnceritakan serba
sedikit tentang sejarah Seni Visual serta tokoh-tokoh terkenal dalam esei.Oleh
itu,guru tidaklah semata-mata mengajar kemahiran-kemahiran mewarna dan melukis
sahaja.
Penerapan
nilai-nilai murni
Penerapan nilai-nilai murni ialah proses
menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja
kokurikulum.Penyerapan nilai-nilai murni berlangsung melalui dua pendekatan
iaitu pendekatan implisit dan pendekatan eksplisit.Melalui pendekatan
implisit,guru-guru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai.Contohnya guru berpakaian bersih dan
kemas menjadi contoh kepada para pelajar.Pendekatan secara eksplisit pula ialah
mengadakan suatu peraturan,arahan dan sebagainya yang bertulis tentang sesuatu
perkara yang diharapkan.Penerapan secara eksplisit adalah lebih
terancang,dengan matlamat dan cara pelaksanaan serta penilaian yang jelas.Dalam konteks PSV,guru
tersebut boleh meminta sekumpulan pelajar mengemas bilik seni sekolah.Secara
tidak langsung ini dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti kerjasama,ambil
berat dan sikap toleransi.
Pengayaan
Pengayaan ialah satu aktiviti yang lebih mencabar keboleham pelajar di
samping menambah minat dan pengalaman pelajar yang seterusnya dapat membantu
pelajar ke arah perkembangan dan bakat diri.Pengayaan juga dapat membuat
pelajar berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sikap berdikari bagi
membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya
keativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka
sendiri.Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang untuk pelajar
mengembangkan minat,daya kreativiti,sifat ingin tahu,kepimpinan serta daapat melibatkan
diri dalam membuat keputusan untuk diri,kumpulan dan juga masyarakat.Dalam mata
pelajaran PSV,guru boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran mengikut
bidang-bidang tertentu untuk meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran
PSV.Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji kemahiran pelajar supaya
pelajar dapat melahirkan daya kreativiti tersendiri.
Pemulihan
Pemulihan pula bertujuan untuk membaiki kelemahan
pembelajaran. Melalui pendidikan
pemulihan pelajar yang lemah dapat diasuh dan diberi tumpuan yang lebih
berbanding pelajar-pelajar lain.Contohnya dalam PSV pelajar yang kurang
berkemahiran dalam melukis akan diajar
mengikut teknik-teknik yang sesuai secara berulang kali.Pelajar juga turut
diberikan peluang untuk mencuba mengembangkan potensi diri mereka dalam
pelajaran dan minat untuk mencuba sehingga
ke tahap yang lebih maju.
ii.
Guru PSV sebagai pengurus
Selain dari mengamalkan konsep 5P
dalam pengajaran dan pembelajaran,guru PSV juga perlulah memainkan peranan
dalam pengurusan terutamanya dari segi menghasilkan ruang atau bilik studio
khusus yang memberi impak yang maksimum kepada pelajar.Ini kerana kekuatan PSV
di sesebuah sekolah terletak kepada guru PSV itu sendiri dan tempat operasi
iaitu Bilik/Studio PSV.Perkara yang ditegaskan dalam bidang penghasilan seni
visual adalah kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat
disentuh,dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan
daya intuisi.Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan
dan pemupukan minat terhadap PSV dapat dikembangkan.Sebagai seorang
pengurus,guru PSV juga perlu merancang dan mengurus proses pengajaran dan
pembelajaran termasuk menggariskan matlamat pembelajaran,merancang strategi
yang sesuai serta mengurus tingkah laku pelajar,mentaksir serta menilai hasil pembelajaran.Guru PSV juga perlu
menguruskan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran,bertanggungjawab ke atas
bahan dan peralatan, serta menjalankan aktiviti luar.
iii.
Guru PSV sebagai pembimbing
Selain pengurus,guru PSV juga perlu
menjadi seorang pembimbing demi menjayakan dan memantapkan lagi mata pelajaran
PSV .Para pelajar
hendaklah
dibimbing dengan sepenuh perhatian.Sekiranya
pelajar menghadapi sebarang masalah dalam menguasai kemahiran,maka guru
hendaklah mengadakan aktiviti pemulihan bagi membantu pelajar tersebut
menguasai kemahiran.Bagi pelajar yang telah menguasai kemahiran,guru berperanan
melaksanakan aktiviti pengukuhan dan pengayaan
untuk meningkatkan kualiti pembelajaran.
iv.Guru PSV sebagai pemudah cara
Guru PSV juga berperanan sebagai
pemudah cara.Guru hendaklah melaksanakan pengajaran berteraskan ansur maju dan
mengelolakan aktiviti pembelajaran mengikut tahap kebolehan pelajar.Sebagai
pemudahcara,guru perlu memudahkan
pemahaman pelajar tentang konsep yang diajar dengan mengaitkannya dengan
situasi sebenar dalam kehidupan pelajar.Guru juga perlu menerapkan
pemahaman,penghayatan dan kritikan tentang perasaan estetik dan daya kreativiti
melalui imaginasi dan konsepsi murid.
v.Guru
PSV sebagai motivator
Di samping itu,guru PSV juga
berperanan sebagai motivator yang menjalankan aktiviti bina semangat dan
membentuk keyakinan diri pelajar.Guru PSV juga bertanggungjawab dalam pemupukan
minat pelajar dalam bidang artistic sepaya pelajar berkeinginan untuk
menghasilkan karya-karya yang bersifat lakaran dan memperlihatkan kepentingan
konsep seni visual.Guru juga seharusnya berusaha untuk merangsang dan
menggalakkan pelajar ke arah kecemerlangan diri,membawa perubahan kepada diri
pelajar,memberi dorongan dan bimbingan dan membantu pelajar dalam menyelesaikan
masalah sosio dan emosi pelajar.Guru-guru juga perlulah membantu pelajar
menghadapi cabaran masa depan dalam Pendidikan Seni Visual.
vi.Guru
PSV sebagai inisiator
Akhir sekali,guru PSV juga boleh
memainkan peranan sebagai inisiator dalam pengajaran dan pembelajaran PSV.Guru
boleh merangsang pemikiran murid yang bercapah,mengemukakan soalan yang mampu
menjana pemikiran kreatif dan kritis,menyokong aktiviti penyelesaian
masalah,menyarankan kolaboratif dan koperatif melalui kerja kumpulan.Guru PSV
juga perlu menggalakkan pelajar-pelajar melaksanakan pemerhatian
aktif,interaksi yang kreatif dengan alatan serta aspresiasi seni.
Sesungguhnya,peranan guru PSV amat
penting dalam menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran PSV
di sekolah.Ketrampilan, kewibawaan dan komitmen guru
merancang,mengurus,melaksana,menilai dan membuat penambahbaikan dalam
keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah
kecemerlangan.
AKTIVITI PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Bagi memantapkan isi kandungan mata
pelajaran PSV ,selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan maka pelbagai
perubahan telah dilakukan terhadap sukatan pelajaran dan kandungannya
termasuklah dari segi aktiviti pembelajarannya.Aktiviti Pendidikan Seni Visual
sekolah rendah terdiri daripada empat bidang utama iaitu:
i.Melukis
dan membuat gambar
Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis
serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek
ruang,struktur,imbangan dfan komposisi.Penguasaan gambar akan menjadi lebih
baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang
diaplikasikanrajah 1.1 menunjukkan teknik –teknik tersebut.Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah,kandungan subjek atau hal benda
disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang dan
meningkatkan [pembelajaran.Dalam
aktiviti menggambar,kanak-kanak dapat menggunakan berbagai-bagai alat dan bahan
untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri.Ini
membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari
segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar.Rajah 1.1 :menunjukkan teknik
menggambar yang sering digunakan di bilik darjah(Rujuk Lampiran)
ii.Membuat rekaan dan corak
Bidang kegiatan ini memberi peluang
kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.Corak dan rekaan tersebut boleh
juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti
binaan,kraf dan sebagainya.Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan
cara.Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat
secara terkawal atau bebas.Seringkali
corak didapati daripada;alam semula jadi,bahan buatan manusia ,geometri dan
rupa barangan kraf tradisional .
Jenis susunan corak pula terdiri daripada penuh,turun satu
suku,turun tiga suku,turun separa ,sisik ikan.selang seli,tampak dam dan tampak
catur,siku keluang,pucuk rebung,orgee,batu-bata,tunggal,berpusat,sendeng,
berombak,jidar,berjalur,dan
cerminan.Teknik corak pula terdiri daripada dua jenis iaitu yang dibuat secara
terancang dan tidak terancang.Ia bergantung kepada kesesuaian motif dan tujuan
corak itu dihasilkan.Rajah 1.1. dan 1.1menunjukkancorak-corak tersebut.
iii.Membentuk
dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan
menegaskan perkembangan persepsi pelajar tehadap aspek seni dari segi
bentuk,ruan ,struktur,imbangan dan kestabilan.Berpandukan aspek
tersebut,pelajar dapat memahami denngan lebih jelas apabila mereka membentuk
dan membuat binaan sesuatu model.Bidang kegiatan ini juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan
pelbagai bahan,alat dan teknik penghasilan.Ini member peluang kepada pelajar
berinteraksi secara aktif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses
penghasilan seni.Bidang membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah
merangkumi arca timbul,arca asemblaj,arca bergerak,arca
stabil,model,diorama,boneka,topeng dan origami.
Tema
dan subjeknya pula meliputi alam semulajadi,perasaan dalaman,khayalan dan
imaginasi si pelukis,aliran dan tema sejagat serta keperluan dan pengalaman
harian.
iv.Kraf tradisional
Kraf tadisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau
kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta
memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun
mengikut kaum masing-masing.Antara jenis-jenis kraf termasuklah alat
domestik,alat permainan,alat mempertahankan diri,batik,seni
tekat,tembikar,anyaman,
kelarai
dan ukiran.Rajah 1.1 menerangkan tentag apa yang diperlukan untuk menjalankan
aktiviti kraf tradisional.(Lampiran)
APRESIASI SENI
Apresiasi seni merupakan aspek penting
dalam pengajaran dan pembelajaran PSV. Apresiasi seni adalah proses penghayatan
seni yang merangkumi aspek-aspek pengetahuan,membuat pertimbangan,penyataan
diskriminasi dan penghargaan terhadap karya seni. Apresiasi seni juga
menitikberatkan aspek kritikal serta aspek emosional terhadap karya
seni.Menjalankan proses apresiasi seni sebenar tidak sukar kerana proses ini boleh
diumpamakan sebagai memberi penghargaan terhadap karya seni.Menurut Ecker(1966),pendekatan apresiasi
seni dapat memberikan penghargaan yang menyeronokkan terhadap karya
seni,dilakukan secara naratif dan tersusun untuk memahami sesuatu karya seni.Ia
mencakupi aspek pengetahuan,penilaian,diskriminasi,dan juga kesedaran emosi
terhadap karya seni.
Pendekatan ini juga diperlukan untuk
memberikan penilaian estetika dan artistik untuk setiap karya seni yang
dihasilkan. Apabila seseorang itu
menjalankan proses apresiasi seni,proses ini tidak akan menyentuh
soal-soal berkaitan betul atau salah interpretasi individu tersebut mengenai
karya seni,kerana tujuannya adalah untuk memahami karya melalui apa yang
dilihat secara lansung.Seabolt(2001) menjelaskan bahawa aktiviti kritikan seni
melibatkan perbincangan dan diskusi mengenai sesuatu karya seni manakala
apresiasi seni pula merujuk kepada aktiviti menghayati seni dengan melibatkan
pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan perbincangan serta diskusi mengenai
seni.
Di samping itu ,konsep dan pelaksanaan
apresiasi seni juga bertujuan untuk membina tatabahasa visual dan meningkatkan
daya estetik seseorang.Pengalaman estetik akan meningkat kerana proses ini juga
mendedahkan seseorang itu dengan bahasa tampak yang membantu menyelami perasaan
penghasil karya.Apresiasi seni mengajar pengkritik dan pemerhati seni
menghargai rasa dan perasaan seniman(Johari Abdul Hamid,2004).Apresiasi seni
terbahagi kepada enam peringkat iaitu peringkat analitikal,peringkat
penerangan,konteks dan skop,aspek assosiasi,aspek kritikal dan aspek hubungan
baik.
Pada peringkat analitikal,aspek
kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek seperti tajuk
karya,jenis karya,pereka atau seniman karya,tarikh dihasilkan,asal-usul
karya,gaya,medium yang digunakan,teknik dan fungsi karya.(Rujuk Lampiran).Pada
peringkat penerangan pula,terdapat tiga peringkat.Peringkat penerangan Literari
digunakan ke atas karya seperti potret,lanskap,lukisan objek dan lain-lain.Contohnya
,karya Monalisa menggambarkan seorang wanita yang sedang terukir senyum di
bibirnya.Penerangan literari ini terbahagi pula kepada dua bahagian iaitu
penerangan teknikal dan penerangan formal yang melibatkan penggunaan teknikal
dan bahan oleh pengkarya serta struktur fizikal seperti aspek
warna,garisan,jalinan,bentuk,rupa dan lain-lain.
Sesungguhnya,peranan apresiasi seni
dalam PSV sangat penting.Apresiasi seni juga memberi pengalaman kepada pelajar
mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan
kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.Tanpa apresiasi seni,pelajar tidak
dapat membuat pertimbangan yang penting apabila melihat karya seni sama ada
seni lukis,seni reka atau bidang seni visual yang lain.Apresiasi seni juga
dapat membantu seseorang daripada membuat penilaian yang singkat atau yang
pendek sebelum membuat penilaian atau kritikan yang munasabah.
HASIL KERJA MURID
Mengapakah hasil kerja murid
perlu dipamerkan?Jika hendak dipamerkan,apakah pula kriteria pemilihan hasil
kerja yang hendak dipamerkan tersebut? Inilah dua persoalan penting yang perlu
diambil kira oleh seseorang guru PSV yang berwibawa.
Persoalan penting dalam mempamerkan
hasil kerja murid adalah bagaimana hendak memilih hasil kerja untuk
dipamerkan.Kriteria pemilihan hasil kerja murid perlu melihat kepada dua
perkara iaitu dari sudut pedagogi dan juga nilai estetik.Pemilihan perlu
melihat kepada aspek pedagogi yang melihat kepada keberkesanan dan penyampaian
proses dan kaedah menghasilkan karya tersebut.Faktor nilai estetik dilihat dari
sudut pencapaian objektif penghasilan karya tersebut sama ada ianya dihasilkan
bertujuan untuk kelihatan cantik atau sebaliknya.Murid-murid gemar melihat
karya mereka dan karya rakan-rakan mereka dipamerkan untuk tatapan
umum.Murid-murid merasakan komitmen dan usaha yang mereka telah sumbangkan bagi
menghasilkan karya tersebut diberi penghargaan.Atas dasar inilah,hasil kerja murid
amat perlu dipamerkan.
Sungguhpun ruang yang terdapat pada
papan buletin pameran sangat terhad,guru perlu bijak untuk mengatur dan
merancang giliran dan membuat pilihan yang bijak dalam pemilihan karya supaya
pameran tersebut mencerminkan satu tanda aras yantg perlu dicapai oleh
murid.Hasil karya murid yang dipamerkan memberikan mereka satu rangsangan yang mendalam terhadap
keupayaan mereka(Koster,2001). Murid menitikberatkan soal kualiti hasil karya
dan cuba untuk menghasilkan yang terbaik
supaya karya yang dihasilkan terpilih untuk dipamerkan.Dalam erti kata
lain,usaha mempamerkan hasil karya oleh guru dapat dijadikan satu bentuk
motivasi kepada murid.Guru juga perlu melihat hasil karya murid sebagai satu
proses memantau prestasi selain membantu murid
mencapai tahap yang dikehendaki.
RUMUSAN
Setelah meneliti sejarah perkembangan
kurikulum Pendidikan Seni Visual
dari
zaman sebelum merdeka,selepas merdeka sehingga kini maka jelaslah kepada kita
bahawa mata pelajaran Pendidikan Seni Visual telah diletakkan di tempat yang
sewajarnya berdasarkan keperluannya pada masa kini.Kalau dahulu tujuan kerajaan
bukanlah untuk mewujudkan segelintir pemuda yang berpendidikan baik atau
sekadar untuk menjadi mandur sahaja kini segalanya telah berubah.Kurikulum
persekolahan kebangsaan kini mendukung hasrat mulia Negara bagi menyediakan
pendidikan yang bertaraf dunia kepada
generasi masa kini dan masa hadapan.Adalah diharapkan dengan adanya penyemakan
semula kurikulum Pendidikan Seni Visual,maka tiada lagi suara-suara sumbang
yang mempertikaikan keupayaan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan
kefahaman cetek yang mengatakan bidang seni tidak menjanjikan kerjaya yang baik
dapat dihapuskan.
Kepentingan mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual sememangnya tidak dapat disangkal lagi.Ianya bukan sekadar
keperluan dalam meningkatkan kreativiti murid-murid malahan mampu memberikan sumbangan
untuk pembangunan negara dengan menghasilkan ramai tenaga profesional seperti
jurutera,arkitek,doktor,saintis atau seniman yang mempunyai daya kreativiti
yang tinggi.Tambahan pula,dengan lahirnya guru-guru Pendidikan Seni Visual yang
mempunyai bakat serta efektif,proaktif dan mempunyai kualiti peribadi yang
tinggi akan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di
luar bilik darjah.Keterampilan,kewibawaan dan komitmen guru
merancang,mengurus,melaksana,menilai dan membuat penambahbaikan dalam
keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya merupakan langkah-langkah ke arah
kecemerlangan.
No comments:
Post a Comment