Pengenalan.
Didik hibur adalah pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid
seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti
yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran
agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan
Latar
Belakang Didik Hibur
Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula
apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI
dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.
Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.
Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid.
Definisi
Didik
Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik
sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud
menyenangkan atau menggirangkan hati
Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.
Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.
Ciri-Ciri
Didik Hibur
Antara
ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:
(i) Sesi
pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada
unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.
(ii) Mengurangkan
tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan
sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.
(iii) Murid-murid
sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan
tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.
(iv) Sesi
pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan
pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid
boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang
penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM
untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
(v) Objektif
aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan
kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada
ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti
p&p.
(vi) Salah
atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya
melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.
(vii) Aktiviti
yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya
wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.
(viii) Murid
bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan
terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.
(ix) Murid
bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal.
(x) Aktiviti
didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.
Faktor
Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur
Guru:
Kejayaan
sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada
kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:
(
i ) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau
menggerunkan murid
(
ii ) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.
(iii)
Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.
(iv)
Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.
(v)
Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.
(vi)
Guru boleh membuat pelbagai suara.
(vii)
Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.
(viii)
Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.
(ix)
Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak
(x)
Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel
Aktiviti
Aktiviti
Kejayaan
didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau
bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa
merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:
(
i ) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak
diajar.
(
ii ) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan
silang budaya yang sama.
(
iii ) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan
masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.
(
iv ) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan
bersama murid-murid tanpa ada banyak masalah atau halangan.
(
v ) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik
antara murid.
(
vi ) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti
oleh murid.
(
vii ) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan
kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin
murid.
Penutup
Penutup
Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri
pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara
jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk
mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan ‘Fun
Learning’ yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran
No comments:
Post a Comment