Etika Penggunaan Emel Dan Internet.
1.0 TUJUAN
Memastikan penggunaan yang berkesan tanpa memberi impak
negatif ke atas capaian kepada sistem-sistem aplikasi lain yang beroperasi di
dalam jaringan.
2.0 TUMPUAN MASALAH
Dua (2) faktor penting yang mempengaruhi keupayaan
jaringan dalam memberi perkhidmatanyang optimum ialah :
a. Memilih masa penggunaan yang sesuai; dan
b. Cara penggunaan yang betul.
3.0 HAK PENGGUNAAN EMEL DAN INTERNET
Kemudahan penggunaan emel dan internet adalah tertakluk
kepada peraturan jabatan danboleh ditarik balik jika penggunaannya menyalahi
peraturan tersebut.
4.0 KAEDAH PENGGUNAAN YANG BETUL (do’s and don’ts)
4.1 AKAUN emel
a. Katalaluan (password) emel hendaklah dirahsiakan dari
pengetahuan umum;
b. Mengaktifkan emel pada seluruh waktu kerja;
c. Menggunakan akaun emel milik persendirian yang rasmi
di dalam urusan kerjakerja rasmi;
d. Tidak membabitkan diri di dalam aktiviti penyamaran
alamat emel.
4.2 PENYENGGARAAN KOTAK MEL
Penyenggaraan kotak mel pada komputer mikro adalah
menjadi tanggungjawab setiap pengguna. Tugas-tugas itu merangkumi:
a . Menghadkan jumlah mel yang harus disimpan;
b . Menghapuskan mel-mel yang tidak penting;
c . Mel-mel yang penting dan berbentuk rahsia atau
peribadi hendaklah dipindahkan
ke tempat yang lebih selamat;
4.3 PENYEDIAAN emel
a. Berikan mel tajuk (subject) yang sesuai untuk
mengambarkan isi kandungannya;
b. Mel yang bertajuk akan memudahkan penerima memberi
keutamaan ke atas mel-mel
yang akan dibaca atau dirujuk;
c. Tulis kandungan mel sama seperti anda akan menulis di
atas kertas;
d. Amalkan menulis kandungan mel dengan ringkas dengan
penggunaan bahasa yang
betul dan sopan;
e. Kandungan mel tidak seharusnya mengandungi maklumat
rahsia atau peribadi;
f. Kandungan mel yang tersusun akan kelihatan teratur dan
mudah dibaca;
g. Gunakan tandatangan (signature) bagi membolehkan
penerima mendapat maklumat
asas mengenai diri anda;
h. Amalkan penggunaan buku alamat (address book) untuk
menyimpan alamat-alamat
emel yang akan digunakan kemudian nanti.
i. Jika anda melampirkan fail ‘attachment file’, pastikan
saiz fail itu tidak
terlalu besar; dan
j. Elakkan diri dari menggunakan kemudahan emel untuk
tujuan menghasut,menfitnah, menghantar berita palsu, menerbit semula hakcipta
atau aktivitiaktiviti lain yang ditegah oleh undang-undang siber.
4.4 PENGHANTARAN emel
a. Jangan libatkan diri anda dalam aktiviti penghantaran
mel sampah (flaming),
mel bom (mail bombing) dan mel spam;
b. Pastikan dengan betul alamat emel yang hendak dihantar;
c. Gunakan kemudahan arahan (cc:) dan (bcc:) untuk
menyalinkan mel kepada orang
tertentu; dan
d. Mel yang tidak berjaya dihantar akan berada di dalam
folder outbox dan boleh
diedit untuk dihantar semula.
4.5 MEMBUKA emel
a. Memeriksa kotak mel dalam jangkamasa waktu yang sesuai
kerana ada mel perlu
diambil perhatian atau tindakan segera; b. Jawab mel yang
dirujuk dengan
menggunakan arahan (reply:) atau (reply all :) dimana
perlu; dan
c. Arahan forward membolehkan mel yang diterima
dipanjangkan kepada orang lain.
4.6 MENJADI AHLI DALAM SENARAI MEL (MAILING LIST) ATAU
KUMPULAN PERBINCANGAN
(DISCUSSION GROUP)
a. Pilihlah kumpulan perbincangan atau senarai mel yang
sesuai dan sihat untuk
mendapatkan maklumat yang relevan;
b. Jangan daftarkan diri anda dalam senarai mel tertentu
yang menyebabkan anda
menerima sejumlah mel yang banyak pada setiap hari ;
c. Apabila seseorang menawarkan sesuatu perkhidmatan atau
memohon nasihat,
jawablah dengan tertib dan jujur;
d. Mel komen peribadi hendaklah dihantar kepada
penerimanya sahaja dan bukan
kepada semua ahli;
e. Anda seharusnya mengeluarkan alamat emel daripada
senarai mel atau kumpulan
perbincangan apabila anda beranggapan ianya tidak banyak
memberi faedah dan
berunsur negatif;
f. Berilah pendapat yang sihat dan jawablah segala
pertanyaan dengan tertib dan
elakkan dari pertelagahan; dan
g. Gunakan sumber rujukan untuk menerangkan sesuatu yang
pada anggapan anda sukar
difahami atau sukar diterima oleh ahli lain.
5.0 INTERNET
5.1 MELAYARI WORLD WIDE WEB (WWW)
a. Browse atau carilah maklumat menerusi WWW yang
berkaitan dengan tugas anda
sebagai penjawat awam.
b. Bertindaklah sebijak mungkin di dalam membuat carian
(searching) dengan
mengkhususkan bahan atau perkara yang diingini;
c. Memilih enjin pencari yang sesuai agar carian itu
dapat dilakukan dengan lebih
efisyen dan mendapat tindak balas yang lebih cepat;
d. Elakkan diri anda dari melawat laman-laman yang akan
menjatuhkan maruah anda
dan imej jabatan;
e. Anda juga dilarang daripada melawat laman-laman yang
memuatkan maklumat anti
kerajaan atau subversif yang bertentangan dengan
undang-undang negara;
f. Amalkan membuat penanda (bookmark) pada laman yang
berfaedah untuk rujukan
kemudian hari; dan
g. Cetaklah dokumen yang difikirkan akan digunakan untuk
tujuan rujukan.
5.2 PROSES MEMINDAHKAN FAIL
a. Aktiviti pemindahan fail seharusnya dilakukan selepas
waktu pejabat;
b. Pastikan anda mempunyai ruang storan yang mencukupi
sebelum melakukan aktiviti
pemindahan itu;
c. Cakera keras (hard disk) memerlukan ruang storan
sebesar 40 MB untuk
membolehkan sistem pengoperasian berjalan dengan lancar;
d. Kaedah memindah fail yang biasa ialah dengan
menggunakan arahan File Transfer
Protocol (FTP), HyperText Transfer Protocol (HTTP) atau
proses ‘downloading’
biasa;
e. Baca dan fahami akan tawaran atau syarat-syarat
tersebut sebelum anda
memulakan aktiviti itu;
f. Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk menyemak
keperluan hakcipta dan
mematuhi segala peraturan mengenainya;
g. Segala bentuk perjanjian perkhidmatan dan urusniaga
elektronik (kad kredit)
yang dilakukan adalah menjadi tanggungjawab pengguna
sepenuhnya;
h. Jika anda akan melakukan urusniaga elektronik,
pastikan pembekal memproses
permohonan itu dengan menggunakan pelayan selamat
(secured server).
6.0 KESIMPULAN
Etika ini diharap dapat dipatuhi sepenuhnya oleh semua
peringkat pengguna bagi mewujudkan masyarakat pengguna emel dan internet yang
bertanggungjawab dan penyayang.Berbanggalah dengan kemudahan yang diberikan ini
dan jadilah pengguna yang bijaksana demi untuk meningkatkan produktiviti jabatan
secara keseluruhannya. Bertekadlah untukmeletakkan diri anda sebagai penjawat
awam yang kompiten dan progresif demi mencapaicita-cita yang menjurus kepada
perkhidmatan awam yang terunggul di dunia.Etika ini diharap dapat dipatuhi
sepenuhnya oleh semua peringkat pengguna bagimewujudkan masyarakat pengguna
emel dan internet yang bertanggungjawab dan penyayang.Semoga kita semua akan
menjadi pengguna yang lebih bijaksana demi untuk meningkatkan produktiviti
jabatan secara keseluruhannya.
Sumber Rujukan
Pautan Lain Etika Internet
1. http://www.smksgpusu.net/ict/etika.htm
2. http://www.slideshare.net/boncito/aplikasi-garis-panduan-penggunaan-internet
3. http://www.slideshare.net/NAS90/etika-penggunaan-internet-dan-emel-pks-7609299
1. http://www.smksgpusu.net/ict/etika.htm
2. http://www.slideshare.net/boncito/aplikasi-garis-panduan-penggunaan-internet
3. http://www.slideshare.net/NAS90/etika-penggunaan-internet-dan-emel-pks-7609299
No comments:
Post a Comment